Warning ! You have stepped onto my blog .Follow me and leave a tag │FollowDashboard
Siti Sarah
Tahikcicok
Wednesday, 7 December 2011 | 18:59 | 0 Little Bunny(s)
Assalamualaikum,


Err, salam muhibah dan salam sejahtera. Err,blog sudah lama tak diberi makan dengan kata-kata azimat aku, jadi hari ini aku mahu menge-test blog yang usang lagi lapuk ini. Tak tahu nak cakap apa, tapi yang aku tahu sekarang ialah bulan 12 dan dan aku masih tidak membuat persediaan untuk tahun 2012 dan dan memang aku masih tidak bersedia untuk menjadi pelajar tingkatan 2. Aisehmen! Kepala aku juga semakin hari semakin mengering macam ada kemarau di dalamnya sebab penguasaan kosa kata aku semakin menurun kerana terlalu banyak menonton television dan makan dan tidur. Sedikit bangga kerana sekarang aku lebih banyak melakukan ibadah daripada online facebook dan sebagainya.Hihi, bukan untuk membangga diri, tapi Alhamdulillah, adalah jugak faedahnya bila musim cuti sekolah. Aku terus solat selepas azan dalam setiap waktu solat, kecuali Subuh. Hehe, terlajak tidur agaknya. Tersedar untuk sembahyang Subuh setiap kali jam menunjukkan angka 6:30 a.m. 


Tu bab solat, masuk bab menonton television pulak. Rancangan tv sekarang agak menarik perhatian aku, tapi cerita yang betul-betul meraik perhatian aku sehari-hari, cerita ''Tentang Dhia''. Muahahaha! Syok tu cerita tu. Memang berbaloilah tv buat cerita sebegitu. 


Hahaha, selesai pasal menonton television, masuk bab cita-cita pulak. Sekarang cita-cita aku telah bertukar kepada....jengjengjeng.......... 'Tukang masak'. Hihi, lepas tengok rancangan Master Chef, azam aku lebih kuat untuk menjadi tukang masak. Bolehlah rasa hasil air tangan aku sendiri nanti. Memandangkan aku nak jadi tukang masak, kerajinan aku bertambah dengan menolong mak aku memasak di dapur. Tak sangka aku serajin itu. Hahaha.


Masuk bab makan. Time cuti nilah aku mengambil kesempatan untuk menaikkan berat badan aku. Makan nasi berpinggan-pinggan, tapi malangnya berat badan aku masih sama bahkan semakin menurun. Ahhhhh! Orang lain semua mahu menurunkan berat badan, tapi aku nak menaikkan berat badan. Hey, beratlah bagus. Mungkin berat badan aku tak naik-naik sebab aku tak makan sayur. Hehee, aku bukan vegetarian, aku suka makan makanan berdarah, err maksud aku daging. 


Masuk pulak bab tidur. Sehari-hari, aku susah untuk melelapkan mata. Tidur pun kalau mata betul-betul nak tutup. Lepas Subuh aku tak tidur. Ayah aku kata, kalau tidur lepas Subuh 'kaat rezeki' atau dalam bahasa bakunya, rezeki tak datang. Kalau nak tidur lepas Subuh pun, kena berjalan atau buat kerja dulu, baru boleh sambung tidur. Lepas Asar pun ayah aku kata tak boleh tidur, bukan ayah aku saja yang cakap, bahkan ustaz pun cakap macam tu. Kalau tidur lepas Asar, lebih daripada 40 kali, gilalah alamatnya. Jadi kesimpulannya, aku tak tidur disiang hari, dan hanya tidur pada malam hari...alah bapa borek, anak rintiklah katakan. Kahkah. 


__________________________________________________________________________________
///////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////
__________________________________________________________________________________


Sukan SEA, Indonesia.


Tahniahlah skuad negara Malaysia sebab dapat tempat ke-4.
Yang paling aku tunggu-tunggu, bola sepak lerr. Heheee. Aku tak tahu kenapa aku fanatik sangat pasal bola, tapi yang pasti lepas aku tengok Malaysia lawan Indonesia dalam Piala AFF Suzuki hari tu, aku jadi fanatik begini. Muahaha. Bila ada bola, adalah aku depan tv, bila ada aku, adalah bola. Rumah aku rasanya yang paling bising bila Malaysia menyumbat gol penyamaan di sekitar kawasan rumah aku. Kahkahkah. Semangat Panthera kuat sih. Berdebarlah jugak bila akhirnya, tiba untuk penalti, tapi aku memang yakin dengan KFCM. Last-last memang Malaysia menang lepas tendangan Gunawan terkena palang, dan seorang lagi aku tak tahu nama dia apa entah, lepas KFCM halang bola tu. Hahahaha. Lepas tu, tendangan dramatik Badrul Bakhtiar, kapten bola sepak Harimau Malaya akhirnya masuk ke gawang lawan. Wuhuuuu! Over pulak :)
Okayy, mahu jemur kain <----saja nak menunjuk, kuikuikui. Assalamualaikum.












Older Post | Newer Post