Warning ! You have stepped onto my blog .Follow me and leave a tag │FollowDashboard
Siti Sarah
Rebutlah peluang
Friday, 19 August 2011 | 19:22 | 0 Little Bunny(s)
Assalamualaikum w.b.t
Hari nii post kite colourful yaahh ;)

Haha , bukannya apee , 
Sekarang dah pun masuk 20 haribulan ,
Maknenya dah pun masuk dalam 10 malam terakhir ,

Solat Terawih cukup setiap malam ?
Haa , nii mestii ade yang malas kan ?
Aihh , janganlah macam tuuu ,
Buatlah amal siket ,
Mana tahu tahun depan kita dah takde :')

Bila masuk 10 malam yang terakhir ,
Maknanya kita kenalah rebut peluang untuk mendapatkan Malam Lailatulqadar ,
Janganlah sibuk nak memikirkan pasal raya sangat ,
Raya takkan larilah , 
Buatlah solat Terawih cukup-cukup dulu ,

Ramadhan pun dah beli tiket nak naik fligt pulang ke tempat asalnya ,
Tak sedih kee ?
Walaupun siket ?
Aku dalam syok syok nak raya punn ,
Aku masih sedih nak kehilangan Ramadhan ,

Buatlah amal cukup-cukup dulu ,
Nii takk , awal-awal dah beli tiket nak ke Syawal ,
Lagu raya dah pasang kat merata-rata tempat , 
Kalau pergy kompleks membeli-belah , 
Macam-macam lagu boleh dengar , 
Masuk kompleks yang ni , lagu Satu Hari Di Hari Raya
Masuk komples yang sebelah , lagu Balik Kampung
Masuk kompleks yang sebelah sana , lagu Sesuci Lebaran
Aduuduududu , awainyaa . 

Jadi fikir-fikirkanlah , 
Bersama-samalah kita mendapatkan malam yang lagi mulia , 
Iaitu Malam Lailatulqadar , malam yang lebih baik daripada Malam Seribu Bulan
Pintu taubat akan terbuka seluas-luasnya untuk kita semua ,
Sentiasalah menadah tangan memohon keampunanNya
Semoga kita diberkati dan dirahmati .

Wasalam :)


Older Post | Newer Post